Monday 5 September 2016

Ready, Get Set, Go!

Assalamualaikum semua,

Setelah sekian lama menangguhkan blog ini, akhirnya Mek berjaya juga siapkan post pertama.

Secara rasminya, https://mekzas.blogspot.com akan menjadi satu medan untuk Mek berkongsi segala hal perihal masakan; terutamanya yang berasal dari Pantai Timur.
Logo Mek Za - Mek Za Enterprise adalah syarikat perkongsian yang menyediakan
perkhidmatan katering dan lunch box.  Untuk katering, Mek Za meliputi kawasan Klang Valley.
Lunch Box pula, buat masa ini, di Shah Alam/Sg Buloh/Damansara dan KL/Bangsar.
Mek tahu dekat internet sudah banyak blog masakan yang menjadi ikutan ramai terutama yang berkongsi resepi masakan Melayu. Contoh blog popular adalah seperti Azie's Kitchen, Mat Gebu dan My Resepi (hanya menamakan beberapa contoh).  Mek pun sebelum ini banyak belajar memasak(dari blog) dengan Azie dan Mat Gebu.  My Resepi antara yang pertama menjadi rujukan Mek ketika Mek baru berkahwin.LOL.

Jadi dengan blog Mek Za, Mek juga mahu berkongsi tips-tips lain yang mungkin orang lain tak tahu. Terutama untuk makanan Pantai Timur.  Bukan sahaja tips masakan, malahan tips bahan makanan juga akan dikongsikan, InsyaAllah.

Nantikan update Mek yang seterusnya. Tunggu!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lunch Box Minggu Ini (8.9.2016 - Khamis)

Untuk Lunch Box minggu ni, menu Mek Za ialah Nasi Minyak dengan Ayam Masak Merah.

Untuk ayam masak merah, ayam segar digoreng bersama rempah warisan.
Kuah masak merah pula menggunakan lada dan bawang segar, dicampur pula dengan ramuan rahsia Mek, insyaAllah anda semua tak akan menyesal.

Dihidangkan bersama nasi minyak dan acar, menambah kelazatan hidangan ini.

Mek juga memberikan dessert percuma untuk pakej lunch box kali ini.

Tarikh : 8.9.2016(Khamis)

Lokasi Penghantaran :
1)Shah Alam/Damansara/Sg.Buloh
2)KL/Bangsar

Masa Penghantaran : 11 pg - 1.30 tghari
(Allocation masa penghantaran berdasarkan siapa cepat dia dapat).

Dengan harga *RM10(percuma penghantaran)/box, memang berbaloi-baloi.
*minimum 5 lunch box untuk order.
(termasuk sudu garfu plastik dan tisu).

Untuk order,
Whatsapp : 013 9657679.